Thursday, February 25

UMMIABBIQIS: CONTEST SEIRAS WAJAH MUSIM KE 2



CONTEST SEIRAS WAJAH

DI BLOG UMMIABBIQIS
http://mayaqarmyla.blogspot.com


Ramai kawan-kawan cakap muka anak aku Danish macam muka suami aku.. Alhamdulillah.. Siap ada member2 dia buat lawak "Wah... sebijik muka kilang dia.." Memang dari awal2 aku tahu aku mengandung aku doa banyak2 kat Tuhan.. Kalau la aku dikurniakan anak lelaki, mintak2 lah muka dia macam muka Midon (suami aku). Aku nak mata dia, telinga dia, mulut dia, bulu mata dia, semua nak macam suami aku. Tapi bila part hidung plak dia ikut aku.. kemek... ehehe.... Ntah kenapa mungkin sebab rasa sayang yang teramat sangat membuatkan aku rasa sangat bangga sebab aku dapat beri zuriat yang saling tak tumpah macam muka dia.. Sebab tu lah bila nampak contest ni membuak2 hati nak join. Saja mencuba..

Nama penuh ayah: Hamidon bin azni
Nama panggilan: Midon/Ayah
Nama penuh anak: Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Nama panggilan: Danish, Bembam
Tarikh lahir: 24.09.08
Umur: 1.5y

Siapa yang nak join judak sila klik kat link ini untuk ke entry ummiabbiqis.

Sekian...



Jodoh Di Tangan Tuhan

Hidup ni adakalanya macam drama-drama yang kita tengok kat tv kan? Perkara yang berlaku membuatkan kita terkejut dan kadang-kadang tidak diduga sama sekali. Semalam aku godek2 blog kawan-kawan. Sekadar nak tahu perkembangan dia orang. Terlekat pulak aku dekat blog dila. Ex class mate aku masa sekolah STS dulu. Dan... post-post dia menarik perhatian aku. Jelas dan ternyata yang dia kini sudah berpunya dan bakal menjadi tunangan orang. Orang yang berjaya , merebut hati dia pula lagilah mengejutkan hati aku.. ex-class mate aku juga.. Hadi.

Akhirnya, Hadi dan Dila bakal bertunang dan merancang untuk kahwin hujung tahun ni.. Erm.. Tak kusangka sama sekali.. Kawan yang dikenali sejak tingkatan 1, kawan kita bergurau, bergaduh, bercakar, ponteng sekolah sama-sama bakal menjadi pasangan hidup kita. Aku gembira untuk mereka dan mendoakan semuanya akan berjalan lancar. 10 tahun mereka berkawan baik dan akhirnya saling jatuh cinta.. Macam fileh Kuch Kuch Hota Hei plak rasanya.. ny way tahniah buat Dila dan Hadi.. Hidup Agama 2.. (nama kelas aku dulu).

Aku pulak.. ada juga cerita drama di sebalik aku dan suami aku sekarang.. Kami pernah bercinta dulu.. Masa aku tingkatan 2. Orang cakap cinta zaman sekolah ni Cinta Monyet.. Ye ker?? Sebenarnya terpulang pada pasangan itu sendiri. Kalau ada sikap saling memaafi dan bertolak ansur, cinta itu Insya Allah akan berkekalan.. Yang penting Ikhlas.. Macam member aku Ummu dan Ajiz berkawan sejak zaman sekolah lagi.. Sekarang dah kahwin pun. Alhamdulillah...

Tak lupa juga kawan aku Meah yang aku baru dapat berita akan bertunang dengan Zaran. Kawan satu sekolah jugak dulu, Tahniah.. I`m happy for both of you.

Cerita pasal aku dan Midon pulak (Midon=nama suami aku), masa tingkatan 2 kitorang couple sekejap jerk.. Tak sampai 3 bulan.. Clash.. Terus lost contact. Aku yang bersalah sebab putuskan hubungan kami. Usia aku waktu tu 14 tahun. dia pulak 18 tahun. Aku muda dan hidup nak enjoy.. Tukar-tukar pakwe.. Tapi ikhlas aku cakap kat sini selepas berpisah dengan dia dan jumpa pakwe baru dan putus, aku sentiasa teringat dekat dia.. Menyesal sebab aku tak pandai menghargai cinta. Padahal aku tau dia betul2 sayangkan aku.

Tamat tingkatan 5 ditakdirkan Tuhan aku berjumpa balik dengan Midon. Masing-masing single.. Terus kami berkawan balik dan sekarang anak aku dengan dia dah nak masuk setahun setengah pun. Ehehe... Alhamdulillah.. Aku dipertemukan dengan dia. Ada juga kadang2 bergaduh. Itu semua rencah alam rumahtangga.. Yang penting perlu ada sikap saling memaafkan..

Jodoh di tangan Tuhan.. Dia yang merancang segalanya.. Tapi.. itu bukan alasan untuk kita duduk berpeluk tubuh aje.. Tunggu jodoh datang bergolek.. Ada orang jodohnya dari cinta pertama. Ada juga yang dah jenuh bercinta barulah datang jodohnya. Kan???

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang
terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka.

Sekiranya kita bercinta lalu gagal, carilah di mana kelemahannya. Sekiranya tidak boleh diselamatkan lagi, lepaskanlah cinta itu.. Bukakan hati untuk cinta yang baru.. Okey???

Abang Usop Bertunang

Cerita lama sebenarnya.. Tapi baru hari ni aku terniat untuk tulis dalam blog. Abang aku yang bernama Muhammad Yusuf bin Aris telah pun selamat bertunang dengan kekasih hatinya.. Nurun Diyanatul Adha pada 28.11.09 yang lepas.. Wah.. dah berbulan punya cerita baru nak bagitau.. Ini adalah disebabkan hantarannya adalah hasil kerja tangan diriku ini.. Macam tak caya plak.. Tapi aku memang suka gubah2 hantaran ni.. So, bila abang aku minta tolong aku buatkan.. Memang kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan..

Tema hantarannya warna biru2 laut gituh.. Okey la.. layan lah gambar2 yang aku uploadkan ni..

Tepak Sireh

Sireh Junjung

Kasut

Buah-buahan

Cincin


Di majlis pertunangan.. Selancar..

Akak aku sarungkan cincin

Menggigil2 tangan

Nana, Thaqif, Danish dan Aloy

Abang usop, Yun, Aku dan Midon

Wah.. aku pun sibuk gak nak bergambar


Wednesday, February 24

AULAD JANNAH : BABY CRYING CONTEST

AULAD JANNAH : BABY CRYING CONTEST


Teringat waktu Danish baru lahir dulu.. Memang susah nak dengar dia menagis.. Tido aje.. Waktu Danish kena tahan wad sebab kuning dulu, anak2 orang semua nangis.. Tapi, anak aku senyap je.. Tapi, bila dah besar sikit, nangis la kemahiran dia yang tak syak lagi.. Sempat aku tangkap gambar dia masa baru2 pandai buat memek muka n nangis.. Nampak plak contest dari kakpah@aulad ni.. So.. aku pun try la..



Nama : Muhammad Hami Danish bin Hamidon
Umur : 1 tahun 5 bulan


Kenangan Lari Dari Rumah

Malam tadi aku tak dapat tidur.. Pusing sana pusing sini tak boleh nak lelap.. Rupa-rupanya otak aku yang tak mendengar arahan ni sibuk dan ligat mengimbau balik kenangan-kenangan lama zaman aku muda remaja dulu.. Ehehehe.. nak tergelak pun ada.. Zaman sekolah, zaman ngorat2 zaman gaduh2, zaman degil2, zaman dating2.. pendek kata, zaman dolu-dolu la... Ada juga geng2 zaman dolu-dolu yang masih contact ngan aku kat facebook. Ada yang dah kahwin.. ada yang dah kerja.. dan ada juga yang masih study..

Okey, okey.. berpalik pada tajuk kita pada hari ni.. Kenangan aku lari dari rumah.. Wah.. Aku?? Lari dari rumah?? Ya betulll... Ni puncanya ialah dari sifat degil dan buat keputusan terburu2 aku lah ni.. Macam ni story dia...

Suatu pagi yang indah dan permai sekitar umur aku 16 tahun.. (blajar kat sekolah teknik jb, tapi tengah cuti). Aku merancang untuk keluar ke bandar untuk melepak2 ngan member lama aku. Ye lah aku sekolah jauh, sekali-sekala balik nak lah jumpa ngan member2 lama kan?? Mak aku pulak macam tak nak bagi aku keluar pulak.. Dia suruh aku menyapu rumah.. Aku pulak dengan degilnya tak nak buat sebab aku nak bersiap untuk keluar.. Akhirnya, elok2 mak aku suh sapu umah pastuh baru boleh kuar, terus dia tak bagi aku keluar sepanjang hari tuh..

Aku rasa sedih sangat masa tu, terus aku masuk bilik, kemas beg dan aku cakap ngan mak aku yg aku nak keluar dari rumah tu.. Malas nak duk situ lagi. Mak aku pun cakap... "Ha.. pergilah..pergilah.. aku nak tengok sampai bila ko nak duduk kat luar tu". Wah.. aku pun apa lagi.. bertambah laju kaki aku melangkah...

Tapi, bila dah separuh aku berjalan baru aku fikir aku nak pergi mana?? Dah lah duit satu sen pon aku tak bawak.. Last2 aku teringatkan umah member aku aishah hashim.. Timbul plak satu idea untuk aku melepak kat umah dia.. Tapi nak kena menapak jauh la gamaknya.. Hati aku pun berbunga dengan penuh riang sebab aku rasa aku dah menang dah ni.. Menang sebab dapat buktikan dekat mak aku yg aku ada tempat nak pergi..

Memang malang tak berbau betullah.. Rupa-rupanya jalan nak ke rumah aishah dah tak boleh nak lalu sebab banjir... Aku pun patah balik la.. Aku tukar rancangan pergi rumah Mak Long aku.. Nasib Mak Long ada kat umah.. Sampai2 je depan pintu umah Mak Long, dia tanya aku apa kena dengan beg besar2 ni.. Simple je aku jawab : lari dari rumah.. Wahahahhaa... Ini boleh dikira lari dari rumah ke?? Sudahnya, aku tumpang tido kat umah Mak Long selama 2 jam dan petang tu juga Mak Long hantar aku balik rumah..

Sampai kat umah aku terus masuk bilik.. Tapi sempat telinga aku dengar mak aku cakap: "Kenapa pulak balik?? Pergilah duduk rumah Mak Long lama2". Lepas tuh aku dengar suara ayah aku pulak : "Dah lah tu.. Tadi budak tu tak ada nangis2. Budak dah balik cakap macam tu pulak". Ehehehe.. Rupa2nya mak aku telefon ayah aku yang tengah kerja tu cakap aku lari.. Dah puas rasanya dia cari aku kat bandar, rupa2nya aku ada kat umah akak dia.. KUi KUi KUi...

Itulah sahaja ceritanya.. Mungkin korang akan cakap lina ni degil rupanya.. Tapi, sedegil2 aku tak adalah aku lari ikut pakwe macam budak2 sekarang.. Sedegil2 aku tapi hati aku baik.. Sedegil2 aku, aku sayang mak bapak aku.. Sedegil2 aku, sekarang aku dah jadi seorang ibu...