Thursday, July 22

Touching Moment With Danish

Salam semua.. Itulah aku. Bila dah start buat entry, mulalah idea datang mencanak-canak. Kalau tak, berminggu2 tak up date blog. Sungguh tak berdisiplin ye ko lina. Cam ne nak kaya macam blogger popular tu? 

Sebenarnya ada benda yang aku nak kongsikan kat sini. Danish betul-betul buat aku terharu tadi. Nak tahu apa ke dia?

Hari ni macam biasa lah kan aku memang kerjanya tidur lambat. Pukul 2/3 pagi pun aku rasa macam pukul 9 malam. Danish? Hm.. sama gak. Aku rasalah kan dalam dunia ni (ni aku lah yang rasa tau) dia lah budak yang paling tahan mengantuk. Kalau anak orang pukul 10 lebih dah tidur, anak aku pukul 10 tu time main dia lagi.

Ok la berbalik kepada peristiwa touching itu ye. Dalam pukul 2 lebih tadi, aku lepak lah dalam bilik sambil melayan Danish yang tengah main sepah-sepah dalam bilik. Abang aku pula, ada kat ruang tamu menghadap komputer. And then, dia pasang pula lagu raya. Aku ni plak bukan korang tak tau memang jenis sensitif sikit orangnya. Mengalirlah air mata suci aku ni sebab tetiba teringatkan arwah mak, abah dan abang ngah. 

Memula, Danish ni tak perasan aku nangis. Tiba-tiba dia datang dekat aku. Nak tahu dia buat apa? Dia ambil baju aku, dan dia lapkan air mata aku. Aduhh.. So sweet..... Bertambah deras lagi empangan mata aku pecah. Really.. Aku begitu touching sekali. Tak pernah pula dia buat perangai macam tu sebelum ni. Sayang Midon tak dapat tengok semua tu sebab dia ada kat umah mak dia sekarang.

Hurm.. seronok betul ada anak kan? Every single little thing yang dia buat is a new experienced for me. Bermulanya saat aku bergelar ibu, aku bagai menjadi orang baru. Aku berdoa agar pasangan yang masih berusaha untuk dapat anak tapi belum berjaya, teruskan usaha. Sebab apa? Hasilnya nanti lebih beharga dari segalanya.

Kan???

7 comments:

  1. wah..
    pndai anak sis..
    bagus la kecik2 lg tahu ibu diew tgh sedih..
    moga anak sis jd anak yg baik..
    amin~

    ReplyDelete
  2. danish?

    opppss..name kekasih lame..hahah~

    ReplyDelete
  3. Salam selamat pagi lina.. Betul dik.. Anak harta plg berharga.. Hatta nyawa sanggup jadi galang gantinya.. Akak faham sangat apa adik rasa sbb akak selalu rasa benda yg sama.. Setiap hari setiap saat.. Doa akak agar dipanjangkan umur akak utk lihat Aqil Naim dewasa.. Ingin sangat tgk dia pakai uniform sekolah.. Siapkan dia ke sekolah.. Walaupun akak tau, ajal akan sentiasa menanti akak didepan sana.. Selagi belum sampai kepadanya, akak masih terus berusaha, berdoa & berharap.. Sedar x sedar menitis air mata akak bace entry lina ni sbb Aqil pun pernah buat apa yg Danish buat tu.. Setiap kali (setiap kali) akak menanes, dia datang peluk akak.. Dia berenti bermain, ditolak semua mainannya dia akan datang peluk akak erat2.. "Buuuu Buuuuu nanak.." Katanya.. Mgkin sbb itu yg akak ajar setiap kali dia menanes amuk2.. Dia dapat rasa naluri kita dik.. Anak kan ke berkongsi naluri dgn kita 9bln10hari malah ada yg lbh dr itu.. ;o) Anak saham kita DUNIA AKHIRAT.. Amanah bt kta.. So, touching pagi2 Jumaat ni.. ;o(

    ReplyDelete
  4. lienaaa... touching nye pg2 jumaat ni... wt aku xsaba je nk ade anak.. :)

    ReplyDelete
  5. salam..mmg betul..anak akak pun mcm tu..die tepuk belakang akak n usap2 tgn akak...lg bertambah sayu jdnye kan...hihi

    ReplyDelete
  6. lina..ko boleh jadi cikgu lah camni..hehe..very the tocing story mory ko lina..sedey aku

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu