Sunday, May 9

Tips Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak




Selepas bersalin, badan kita akan menjadi sangat lemah kerana kehilangan banyak darah. Namun, diet yang sihat dapat menolong kita mengatasi masalah tersebut. Diet yang sihat amat penting terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Sebenarnya kita tak perlu untuk memaksa diri minum air sebanyak mungkin untuk menambahkan kuantiti susu. Biarkan rasa haus menentukannya. 

Penghasilan susu sebenarnya memerlukan ekstra kalori. Makanlah makanan mengikut kadar yang ditentukan oleh piramid makanan. Antara yang baik ialah sayur, roti gandum, bijirin, produk tinggi kalsium dan makanan tinggi protein. 

Sebaiknya, jangan menurunkan berat badan semasa menyusukan bayi. Kita tak payah bersusah payah menyekat selera kerana, berat akan berkurangan sendiri semasa proses penyusuan walaupun jumlah makanan yang diambil meningkat. Pastikan juga makanan yang diambil tidak akan mengganggu selera anak kerana ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi rasa susu. 

Selain itu, rajin-rajinlah makan kurma kerana disamping dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik, kurma juga banyak kebaikkannya kepada wanita. Kurma merangsang kesihatan wanita hamil dan kandungannya serta memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. 
Ia juga membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membentuk minda yang sihat. Kurma juga sesuai dimakan oleh wanita yang kekurangan susu kerana kandungan zat besinya dan kalsium menambahkan air susu. 

Sekian sudah sedikit tips untuk dikongsi bersama.. Aku bukanlah seorang pakar kesihatan. Belajar memalui pembacaan.. 

Sumber rujukan: Majalah Rapi

5 comments:

  1. terima kasih... sharing is caring kan??

    ReplyDelete
  2. tq lien..yup..sharing is caring..sgt berguna pada sy yg tengah menyusukan anak+pregnant lg..nak tips utk brentikan anak susu badan plk leh x?hehe...(kes malas nak search)

    ReplyDelete
  3. salimah: okey.. nanti saya search kan.. berapa bulan ye awak cuba baru dapat baby??

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu