Tuesday, March 23

Minyak Pengasih

(gambar yang di google)

Pernah dengar pasal minyak pengasih? Mesti ramai yang dah tahu kan kegunaan minyak pengasih ni. Percaya atau tak, aku memang akui ada benda-benda ghaib macam ni yang masih wujud walaupun dalam dunia serba moden kita sekarang.

Apa itu 'Minyak Pengasih' ?

Istilah 'Minyak pengasih' amat terkenal di dalam masyarakat Malaysia. Ia adalah sejenis bahan yang digunakan untuk "memikat" hati seseorang agar dapat menimbulkan rasa kasih kepadanya dan sanggup berbuat apa sahaja kerananya.

Adakah minyak ini diambil dari Minyak Masak atau lain-lain minyak?

Minyak pengasih adalah sinonim dengan minyak dagu dan lain-lain. Sebenarnya ianya dari campurtangan JIn yang mampu membuatkan seseorang terpengaruh kepada tuan yang empunya minyak. Kaedah pembuatan minyak ini juga dari kaedah sihir. Ramuan yang digunakan ialah kadang-kadang terdiri daripada bahan-bahan yang kotor dan berbisa. Contohnya seperti miang buluh, bisa ular, air liur katak, dan sebagainya. Kesemua bahan-bahan ini dicampurkan dan kemudiannya diperam dengan masa yang lama dan seterusnya dipuja dengan kaedah sihir. Selalunya pengamal minyak pengasih ini menyimpan di dalam botol kecil, bagi memudahkan dibawa kemana-mana.

Apabila minyak tersebut berkurangan selepas kekerapan penggunaan, maka kaedah pemujaan JIn dilakukan semula oleh pengamal tersebut ataupun bomoh yang mereka dapatkan. Setiap kali upacara pemujaan, darah ayam atau darah tuan itu sendiri disediakan untuk makanan kepada JIN yang berada di dalam adunan tersebut.

Awas...!!

Kesan-kesan negetif setelah terkena dengan minyak pengasih ini ialah:
1) Terasa minat dan kasih kepada si pengamal minyak pengasih tersebut.
2) Amalan ibadah kepada Allah semakin kurang, malah kurang penghayatan.
3) Teringat-ingat dan cinta yang mendalam kepada si pengamal tersebut.
4) Tidak mustahil segala duit, harta dan juga maruah diri tergadai angkara minyak pengasih.

Kaedah & Tektik 'kotor' mereka...!!!
Bagi memastikan sihir dan ramuan SIHIR mereka menjadi, kebanyakan mereka akan menyapu minyak tersebut pada mana-mana anggota badan si mangsa. Dan selalunya mereka menyapu pada nadi atau urat darah. Ini kerana apabila mangsa disapu minyak pada bahagian tersebut maka secara cepat JIn akan bertindak terus masuk kedalam perjalanan darah mangsa dan seterusnya menguasai diri mangsa. Pada ketika itulah mangsa akan terasa ngairah dan suka kepada si pengamal tersebut.

Kebanyakan mereka yang mempunyai minyak pengasih ini mencari mangsa ditempat-tempat awam. Malah amat kerap berlaku kedai-kedai makan awam. Kadang-kadang si peniaga ingin mencuba minyak pengasihnya, dan kadang-kadanag ada juga yang datang dari pelanggan disapu kepada pelanggan lain. Kebanyakan mereka adalah bertujuan mendapat manfaat daripada mangsa. Tidak kira lelaki atau wanita akan mendapat nasib yang sama apabila terkena. Kebanyakan cara ini popular diamalkan dikawasan bandaraya dan juga kawasan yang dianggap maju. Kes-kes ini kerap berlaku di negeri 9 , selangor, pahang dan lain-lain.

Kredit to : mualijmuda.blogspot.com

Dah jelas mengenai minyak pengasih? Pelik ya sebab ada umat Islam yang lebih suka mintak tolong dengan Jin daripada Maha Pencipta. Sedangkan sudah jelas-jelas dan terang benderang mana letaknya taraf jin tu dan janjinya yang akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan umat Muhammad.

Lagi kesian dekat mangsa yang terkena ilmu ni. Tak semene-mene terlibat sekali pulak..

p/s: lepas tengok Wanita Hari Ini tadi, tergerak pula aku nak cerita pasal benda ni. Tak ada kena mengena dengan aku. I love my husband the way he are. Not because of this such thing.. Rember that..

8 comments:

  1. aku mmg fux glerrr org guna nie

    kat U IPTA pahang pun ada yg guna nie

    aku kena dgn si mamat gay budak bangi.

    ikot hati aku dh lama aku bunuh mamat nie

    org tua aku pesan sabar je la. ada la tue hikmah.

    ReplyDelete
  2. saya pun dah jadi mangsa benda ni....
    skrg ni msih b'ubat... kesannya lama gak... tah minyak apa pemangsa tu letak...
    sakitnya msih terasa smpai skrg... selalu terasa pening bila petang n malam.. sakit terasa menyucuk ngili di bahagian dada n belakang badan.... sib baik saya t'sedar cepat... tak sangka betul d zaman makin maju ni semakin menjadi2 plak... bukan stakat minyak di bagi... gambar saya pn turut dipuja... so berhati2 la semua yer... Ingat Allah SWT sentiasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. salam..saya ingin nak berkongsi pengalaman dgn awak..sbb saya skrg rasa ragu2 dan mungkin saya pun terkena dgn minyak ni..dah lama saya mencari sebab mesabab bila saya sedar dan rasa was2 dgn diri saya.tapi dlm hati masih rasa tak nak percaya yg semua terjadi pd diri saya.sebelum ni saya tak suka pada dia tapi skrg klu tk jumpa saya teringat kt dia dan klu tk jumpa dlm satu atau dua hari mula hati ini rasa teringat nk jumpa..apakah itu tanda saya sya dh terkena minyak tu?bahu saya pun asyik sakit jer dlm kebelakangan ni terutama waktu mlm..sya cuma nk tau mcmana awak boleh sedar dan apa perasaan awak maksud saya hati awak adakah rindu kan dia klau tak jumpa...boleh saya kongsi sbb saya nk study utk beri keyakina pada hati dan diri sya.saya cuba untuk tak nak ingatkan dia dan cuba buat dont know jer tapi tak boleh terlalu lama...boleh bantu utk kongsi dan saya cuba nk berubat tpi takut dan tk yakin lagi bahawa saya terkena.rasa mcm terkena...terima kasih

      Delete
  3. cy pun tkena gak.. tp betul kew. coz mak cy ngan ckp. tp tnda2 tkena tue da la jgak. cuma x bpe nak pcaye. huhu. tp law betul la dy wat kat cy mintak kt allah spaya terbalik kan kasih 2 agar dy cyunk cy slamanya. bg dy asa balik pew yg cy asa slama 5 tahun ngan dy. memang terseksa zahir & batin. huhu

    ReplyDelete
  4. saya terkena juga sihir ni.. dan satu lg sihir pemisah rumahtangga. sy syak sbb kebanyakkan tanda ada sy alami.. sy kene keduanya dlm masa yg sama. tp suami tidak tahu dan sy juga tidak sedar. tp disebabkan kami gaduh teruk smpi nak cerai berai suami perbykn amal dan turut mengajak sy melakukan byk amal, mengaji al Quran dan ada memberi sy minum air bacaan doa. akhirnya ia hilang secara perlahan. lama juga hampir sebulan juga suami sy usaha. tetapi lps itu kami diuji lg sbb seorg wanita beri bukti perbualan sy dgn lelaki yg melakukan sihir (bercinta sehingga terlanjur). Walhal sy tak pernah suka lelaki ni pun. now benci sy semakin meluap2 pd lelaki tersebut. tp suami msh susah untuk menerimanya.. dan kini mahu ceraikan sy.. sy sedih.. sy dh jelaskan dan beritahu apa yg sy alami serta kaitkan dengan segala tanda kedua2 sihir ini.. mmg kebanyakkannya ada. 90% ada. sy dh tak tahu bagaimana lg nak pertahankan diri sy lg.. sy hanya serah bulat2 pd Allah swt :(

    ReplyDelete
  5. saya terkena juga sihir ni.. dan satu lg sihir pemisah rumahtangga. sy syak sbb kebanyakkan tanda ada sy alami.. sy kene keduanya dlm masa yg sama. tp suami tidak tahu dan sy juga tidak sedar. tp disebabkan kami gaduh teruk smpi nak cerai berai suami perbykn amal dan turut mengajak sy melakukan byk amal, mengaji al Quran dan ada memberi sy minum air bacaan doa. akhirnya ia hilang secara perlahan. lama juga hampir sebulan juga suami sy usaha. tetapi lps itu kami diuji lg sbb seorg wanita beri bukti perbualan sy dgn lelaki yg melakukan sihir (bercinta sehingga terlanjur). Walhal sy tak pernah suka lelaki ni pun. now benci sy semakin meluap2 pd lelaki tersebut. tp suami msh susah untuk menerimanya.. dan kini mahu ceraikan sy.. sy sedih.. sy dh jelaskan dan beritahu apa yg sy alami serta kaitkan dengan segala tanda kedua2 sihir ini.. mmg kebanyakkannya ada. 90% ada. sy dh tak tahu bagaimana lg nak pertahankan diri sy lg.. sy hanya serah bulat2 pd Allah swt :(

    ReplyDelete
  6. Sy pn terkena jgk minyak ni. Member kamceng yg calit. Sy tk tau ape motif dia bt kt sy. Sdgkn kami sama2 wanita, dh brumahtnagga punya ank2 yg dh bsor2. Sy jd syg, rindu dn tringt kt dia. Bila lama tk jumpe, mule la prasaan rindu tu membuakw nk jumpe dia. Sy tk tau sama ada prasaan dia tu sama jgk ke mcm sy? Or sy sorg2 je yg ada perasaan mcm tu? Smpai skang sy msih lg mencari jwpn tu..

    ReplyDelete

Komen anda dihargai, terima kasih ye.. singgah selalu